Twitter Facebook Feed

Petua : Mengilatkan kuku


Petua ni untuk org yang nak jimat duit tayah pergi tempat medicure pedicure tu. Hehe. Macam aku siries tak pernah pergi langsung pon. Sebab macam mahal sangat je. Hasilnya sama jugak. Dari membazir baiklah guna cara yang senang je. Tapi actually sebelum ni aku pernah je terpedaya dengan salesgirl kat watson yang suruh aku beli menatang apa ntah yang buat gosok2 kuku bg berkilat tu. HAHA. Semangat buat kejap je, lepas tu mmg tak buat dah. Sebab aku rasa lepas buat tu, kuku aku mcm makin menipis. Lagi senang terkoyak kalau aku dok membasuh-basuh pinggan ke apa. Terus berhenti tak guna terus ! Hehe. Sekarang sejak dah kembali ke pangkal jalan kembali duduk di kampung halaman sendiri, aku guna limau je gosok kat kuku. huuuu~~ hasilnya kuku ai warna pink jek.. agagagaga.. :P So, kat bawah ni ada petua2 yang aku ambik dari buku 1001 Petua. Amalkan lah sebab tak susah pon. Dan yang penting JIMAT. :p


1. Perahkan 3 biji limau nipis. Ambil airnya dan campurkan dengan sedikit air biasa. Rendamkan tangan di dalamnya selama 15minit. Selepas itu, ambil buah belimbing buluh dan gosokan pada kuku. Bilas seperti biasa dan hasilnya kuku lebih berkilat.

2. Gosokkan ubat gigi pada kuku dengan menggunakan kain kesat (tuala). Gosok sehingga kuku nampak berkilat dan licin.

3. Goreng kulit telur ayam sehingga garing. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk. Gosokkan pada kuku sehingga berkilat.


Bagi yang menghisap rokok baik lelaki atau perempuan pun, lg penting amalkan benda ni. Yela, kalau sape isap rokok kuku mesti kusam n pucat jek. huuuu~

Selamat mencuba!!

Nanait korang :)

2 comments:

syira khalid said...

salam... kalau guna ubat gigi..berapa lama nk tunggu smpai jadi berkilat?? tadi dh puas sental tapi x jadi sgt... terima kasih..:)

Kim Oh Hani said...

salam...x jadi sangat la kalau guna ubat gigi..

Post a Comment