Twitter Facebook Feed

Hilangkan pigmentasi / bintik hitam

1. Parut sebiji timun sehingga hancur. Campurkan parutan bersama tepung jagung. Apabila selesai, sapulam ke seluruh muka dan biarkan hingga kering. Amalkan setiap pagi. Hasilnya kulit akan nampak bersih dan lembut.

2. Rendam sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu pada tempat yang ditumbuhi bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Cuci muka dengan air dan pencuci muka. Lakukan 2 kali seminggu.

3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Gorengkan tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.

Mengelakkan jerawat berbekas

Bancuh tepung kanji bersama putih telur. Kemudian sapukan pada jerawat yang baru timbul pada muka. Jerawat akan hilang dan tidak akan meninggalkan kesan.

Mengecutkan jerawat

1. Tumbuk 10 helai daun sirih muda hingga lumat. Tampalkan ke muka yang telah dibersihkan dengan air panas suam supaya kulit muka menjadi lembut. Biarkan selama 15minit sehingga kering. Kemudian basuh bersih dan lap perlahan-lahan.

2. Asap kulit kayu manis sebesar jari kelingking pada waktu malam sebelum masuk tidur, kemudian campurkan sedikit madu. Jadikan sebagai masker dan cucilah pada pagi kemudian keesokkan harinya. Lakukan 3 kali seminggu.

Selamat tinggal jerawat : 3

1. Ambil seberapa banyak kuli timun. Tumbuk hingga lumat. Pupurkan kulit timun yang ditumbuk tadi ke muka yang terdapat kesan jerawat. Biarkan setengah jam sebelum dibersihkan. Amalkan petua ini setiap hari.

2. Tumbuk seulas bawang putih yang telah dibuang kulitnya. Titik pada jerawat secara melata pada muka. Titik sebelum tidur. Amalkan setiap malam.

3. Campurkan susu, madu, dan putih telur. Kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan selama 25minit. Selepas itu, bilas dengan air. Amalkan selalu.

4. Tumbuk lumat beberapa helai daun pegaga bersama sedikit beras. Kemudian campurkan dengan bedak sejuk dan sapukan pada muka, lakukan setiap malam hingga kesan jerawat hilang.

5. Cmapurkan perahan air limau dengan sedikit tepung beras. Gaul hingga sebati dan sapukan ke muka. Biarkan seketika dan bilas dengan air. Amalkan selalu.

Selamat tinggal jerawat : 2

1. Campurkan susu tepung dengan air bersih. Kemudian tepekkan ke muka setiap malam dan setelah kering basuh muka dengan air suam. Amalkan selalu

2. Belah 2 biji tomato. Sapukan rata pada muka sebelum masuk tidur, Biarkan sehingga kering. Buangkan biji biji tomato yang melekat di muka. Keesokkan harinya, basuh muka dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

3. Masak secekak daun inai bersama dua cawan air. Biarkan hingga mendidih. Setelah sejuk, sapukan pada jerawat. Amalkan setiap hari hingga jerawat hilang.

4. Picit jerawat dengan tangan yang bersih. Selepas itu sapu sedikit tawas pada bekas jerawat. Lakukan selalu. Insyaallah jerawat tidak akan tumbuh lagi.

5. Kisarkan kacang hijau dengan menggunakan sedikit air, sapukan pada muka dan seluruh anggota tubuh semasa mandi. Biarkan selama dua hingga 3 minit. Amalkan petua ini setiap kali anda mandi.

Selamat tinggal jerawat : 1

1. Rendam asam gelugur semalaman. Tumbuk pucuk jambu batu, kemudian campurkan dengan air rendaman tadi. Sapukan di muka. Biarkan selama beberapa minit. Lakukan seminggu sekali.

2. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tepekkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

3. Giling beras dengan daun inai hingga lumat. Bulatkan adunan sebesar duit lima sen dan jemur hingga kering. Apabila hendak menggunakannya, titis sedikit air limau nipis. Sapukan pada muka menggunakan belahan kentang.

4. Campurkan serbuk kayu manis dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapukan campuran tadi pada muka sebelum tidur. Lakukan beberapa kerap yang boleh.

5. Gosok beberapa helai pucuk daun tanjung pada telapak tangan, kalau boleh biar lumat. Kemudian gosokkan ke muka dan biarkan kering. Basuh muka dengan air bersih. Amalkan petua ini setiap hari

Penawar Sembelit

daun gelenggang

Buang kulit dua biji [isang lemak manis yang cukup masak. Kisar bersama segelas air, setelah itu minumlah air pisang tersebut. Amalkan dua kali sehari sampailah sembuh.

Rebuskan beberapa helai daun gelenggang dan buat sebagai ulam tiap kali makan nasi. Amalkan selalu.

Buah buahan seperti betik dan pisang juga membantu mengelakkan sembelit. Makan dengan kerap

Dapatkan akar temulawak dan segenggam biji sawi. Rebuskan dengan air secukupnya . Tapis dan sejukkan. Amalkan minum air rebusan setiap pagi dan petang.

Menghilangkan Penyakit Kayap



Asah buah delima yang tua dengan sedikit air pada bahagian belakang pasu. Sapukan airnya pada kayap

Asah putik cempedak yang masih muda di atas belakang lesung batu. Ambil airnya dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapu di sekitar kayap. Amalkan selalu.

Ambil sebiji kelapa, perah santannya dan masak bersama beberapa keeping gambir. Kacau di atas api yang sederhana. Sapulah di tempat kayap sebelum tidur.

Mengubati gegata



Layurkan beberapa helai daun sirih. Kemudian sapukan pada gegata yang tumbuh di badan ketika daun sirih itu masih panas lagi.

Ambil beberapa helai daun kunyit, hancurkan kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gegata.

Mengelakkan pedih mata sewaktu mengupas bawang


Rendam bawang terlebih dahulu kemudian barulah dikupas kulitnya.

Cara menyimpan biskut supaya tidak hapak



Taburkan sedikit gula pasir ke dalam bekas menyimpan bisku. Kemudian barulah masukkan biskut dan tutup rapat. Biskut akan tahan lama dan tidak berbau hapak.

Hilangkan bau petai



Basuh sedikit beras dan goreng. Kemudian makan beras tadi. Hasilnya, mulut tidak akan berbau petai lagi.

Sesuai giler untuk orang yang suka makan petai macam aku. hehehe